Ko Cas mahal-mahal, ko ingat ko boleh kaya satu malam???
Baru-baru ini datangi seorang pasien yang datang untuk membuat rawatan kali ke-2 di Pusat Terapi Bekam Nabawi.
Seperti biasa, pasien dipersilakan duduk sebelum anamnesia…
belum sempat apa-apa pasien telah sergah
‘cas bekam ko mahal la, ko buat benda sunnah, ko kena galakkan orang buat benda sunnah, ko tak boleh cas mahal-mahal, ko ingat boleh kaya satu malam ka dengan cas orang mahal2-mahal’ paling mahal aku bekam sebelum kat tempat ko pun, RM150
FUH!!! terkejut den.. sib baik tak melatah…
Alhamdulillah… dalam pendidikan ODT, bab cas ODT telah diajarkan. Ianya adalah satu topik khas dibincangkan dalam sehari malah kerap diulangi. banyak hujah-hujah yang boleh kami berikan dan ada harga standard yang telah dipersetujui dan ada penilaian menentukan upah. Cas ODT yang dipersetujui di Malaysia adalah bermula RM300 per sessi.
Untuk makluman semua, pasien ini boleh dikatakan ‘berada’, rumah banglo, datang kali pertama kereta lain, kali ini kereta lain… Datang kali pertama dengan masalah lutut. sukar bergerak/berjalan, sukar untuk solat dengan sempurna.
Untuk tidak menimbulkan ketegangan, den sengaja menukar topik bertanyakan kepadanya kondisi lututnya. Bagaimana kondisi lutut selepas ODT dulu (6 bulan yang lepas)?
Jawabnya – Alhamdulillah, lutut aku OK… kawan-kawan aku semua perasan, bila tanya apa aku buat, aku bagitau bekam, buat kat tmpt ko.. tapi bila part harga, semua kata mahal. tu yang aku bagitahu ko tu… kalau ko boleh cas murah, ramai kawan2 aku boleh aku bawa..
Den jawab – Alhamdulillah… maksud tuan, sakit lutut yang dulu sukar bergerak, sukar solat dah tiada? (Ya, jawabnya). Sebelum ini tuan kata dulu sudah pernah berbekam di bermacam tempat bekam untuk mengubati sakit lutut ini kan? (Ya, jawabnya). Paling mahal tuan buat RM150? (Ya, jawabnya). Tuan berbekam sebelum ini, kadang2 seminggu sakit balik, kadang2 2 minggu sakit balik ya? (Ya, Jawabnya). Ni tuan datang buat ODT untuk lutut 6 bulan lepas, sampai sekarang, dah tak sakit2 lagi kan? (Ya, jawabnya)
Macam ni la tuan, cuba tuan congak2 agak2 berapa banyak dah tuan habis untuk bayar upah bekam untuk sakit lutut tuan selama ini??? Agak2 lebih mahal ka lebih murah dari cas ODT yang saya kenakan??? saya rasalahkan.. lebih kah?? (Ya jawabnya perlahan sambil tertunduk malu)…
Tuan…. Inilah yang membezakan ODT dengan kebanyakan bekam yang ada sekarang. Tukang bekam ni bersepah, ada yang belajar bekam setengah hari, setengah hari lagi belajar marketing dah boleh buat bekam. Kalau tuan nak belajar bekam macam tu pun boleh, saya ajarkan, 20 minit ja, FREE ja saya ajar,tapi bukan ODT la. pastu suka hati tuan kalau nak membekam orang lain pula
Tuan… ayah saya sakit lutut dah berpuluh tahun, sebelum saya belajar ODT, saya selalu membekam, urut, akupunktur lutut ayah saya. Ya, ianya melegakan. Tetapi apa jadi? makin lama kondisi lututnya makin teruk, semakin begkok sehinggakan tidak boleh sujud, solat atas kerusi. Apa perasaan tuan, kalau tuan perawat dan ayah tuan pun tuan tak dapat tolong?? Malu saya masa tu..
Sekembalinya saya dari pendidikan ODT, saya terus praktikkan pada ayah saya. Alhamdulillah, keesokannya ayah saya sudah boleh sujud dengan sempurna walaupun lututnya bengkok. Sejak dari itu, keyakinan saya tidak berbelah bagi pada sunnah Rasulullah ini.
Sebelum ini tuan, kalau pasien tanya boleh kah bekam merawat penyakit itu, penyakit ini, saya yakin tak yakin ja nak jawab.. tapi tidak lagi dengan ODT
Sihat itu mahal tuan…
kalau tak caya, cuba tuan bandingkan sayur di pasaran…
sayur biasa mahal ka organik mahal tuan?
begitu juga dengan hijama tuan, nak buat dengan tukang bekam sahaja ka? atau nak buat dengan orang yang ahlinya???
Diakhir sessi, pasien ini bertanyakan… Kalau esok saya bawa anak saya boleh?
Ya, silakan, jawab saya ringkas
Kami tidak menjanjikan kesembuhan, hanya berikhtiar dengan kaedah yang
terbaik terbukti keberkesanannya membantu pesakit untuk hidup lebih
sihat dan boleh tersenyum kembali tanpa pembedahan dan juga pengunaan
bahan kimia yang boleh merosakkan organ atau sistem tubuh