Testimoni Kanser Darah Tahap 4
Sembuh dengan Keadah ODT
di Pusat Terapi Bekam Nabawi
Alhamdulillah…
Kanser Darah Tahap 4 Sembuh setelah menjalani rawatan ODT
Pagi ini, mendapat panggilan telefon dari waris salah seorang pasien
kanser darah tahap 4 yang pernah menjalani beberapa sessi rawatan ODT di
Pusat Terapi… Waris meminta saya dengan segera keluar mencari surat
khabarUtusan Malaysia hari ini… rupa-rupanya kisah pasien tersebut
mendapat liputan akhbar tersebut
“saya mendapatkan rawatan berbekam dengan pakar dan setelah menjalani pemeriksaan darah baru-baru ini, saya disahkan bebas kanser”
Sejarah Pesakit
Sebelum Jun 2014 – sering mengadu sakit belakang, pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya rapuh dan terpaksa di bedah.
26/6/2014 – pembedahan membuang sebahagian tulang pinggul, dan terpaksa dipasang ‘besi’ untuk menyokong struktur badan. dikesan mengidapi kanser darah tahap 4 dan perlu segera di kemoterapi.
selepas pembedahan & kemoterapi
– pasien lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah,
– BAK (buang air kecil) dan BAB (buang Air Besar) tidak dapat dibuat secara semulajadi. tiup dipasang bagi menampung najis
– otot lemah, kebas, tidak berfungsi, lumpur terlantar 24 jam sehari
Setelah rawtan ODT
– sessi pertama – badan kebas2, sudah tiada
– sessi kedua – sudah boleh ‘rasa’ BAK dan BAB
– sessi ketiga – sudah boleh duduk sendiri (sebelu ini teralntar 24 jam)
– sessi ke enam – sudah boleh turun sendiri dari katil berjalan ke kerusi roda…
Berikut adalah artikel tersebut :-
Menjengah kediaman pasangan suami isteri, Ismail Md. Jais, 63, dan Samsiah Talib, 60, di Puncak Alam, Selangor, baru-baru ini, memberi saya satu pandangan yang berbeza tentang kuasa ikhtiar.
Ini kerana, biarpun ditimpa musibah kira-kira lapan bulan lalu apabila Samsiah disahkan menghidap kanser darah, pasangan ini tidak berhenti berikhtiar mencari penawarnya.
Sakit tulang belakang yang pada awalnya disangka sakit-sakit biasa, memberi perkhabaran duka apabila peperiksaan yang dilakukan di hospital mengesahkan Samsiah menghidap penyakit berkenaan dan perlu menjalani pembedahan serta menjalani rawatan kemoterapi dengan segera.
Menceritakan mimpi ngeri yang dialaminya, Samsiah memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan tentang penyakit yang dihidapi, doktor menyarankan satu pembedahan dijalankan untuk menyelamatkannya.
Tanpa sempat berfikir panjang, dia bersetuju untuk menjalani pembedahan berkenaan dengan harapan penyakitnya sembuh segera dan kehidupannya kembali seperti sedia kala.
Namun, selepas selesai pembedahan, Samsiah menjadi lumpuh kerana tidak mampu bergerak dari paras pinggang hingga ke bawah malah tulang pinggangnya dipasang besi untuk menyokong struktur badan.
Belum pun hilang rasa sakit akibat pembedahan, Samsiah terpaksa pula mengikuti rawatan kemoterapi yang lazim diambil oleh pesakit kanser.
Sangkaan mudah melalui proses itu meleset apabila usai rawatan itu diambil hampir kebanyakan otot tubuh badannya menjadi lemah, malah menjadi kebas dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
“Selepas menjalani pembedahan, hampir dua bulan lebih saya terlantar di katil hospital kerana terpaksa menjalani kemoterapi.
“Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa kesakitan yang ditanggung,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Ujar warga emas itu, jika sebelum ini hanya mendengar cerita bagaimana rasa kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit kanser yang menjalani rawatan berkenaan, akhirnya kini dia merasainya sendiri.
Ujarnya, rasa sakit yang ditanggung tidak terkira, malah selesai menjalani rawatan itu kali pertama, dia pengsan kerana terlalu sakit dan penat.
Ketika itu tambahnya, pelbagai perasaan menyelubungi diri malah rasa putus asa mula menyelinap ke seluruh tubuhnya.
“Rasa sakit teramat sangat sampai sukar saya mahu kongsi. Ketika itu saya hanya berharap dan berserah kepada Allah agar membantu mengurangkan rasa sakit itu.
“Setiap kali mengingati rasa itu, saya seolah-olah trauma dan jika boleh tidak mahu lagi ingat lagi tentang itu,” jelasnya.
Selepas dua bulan terlantar di hospital, Samsiah akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan harapan dapat mencuba rawatan alternatif bagi mengubati penyakitnya.
Sepanjang lapan bulan berada di rumah, suaminya, Ismail, menguruskan segala keperluan hariannya kerana dia tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunakan lampin pakai buang serta membuang air kecil melalui tiub khas.
Pergerakannya juga terhad dan perlu menggunakan kerusi roda jika mahu bergerak ke mana-mana, malah setiap hari suaminya akan menyediakan makanan dan minuman bermula dari pagi sehingga malam.
“Dia (suami) sanggup tidur di lantai kerana menemani saya setiap malam, dia menyuapkan makanan kerana tangan saya tidak berfungsi dan memandikan saya tanpa pernah mengeluh.
“Dia sering mengingatkan saya tentang ujian yang diterima ini sebagai satu penghapus dosa dan dia juga tidak pernah menyuruh anak-anak kami menjaga saya kerana dia merasakan itu adalah tanggungjawabnya.
“Saya bersyukur dikurniakan suami sepertinya dan anak-anak yang sentiasa mengambil berat tentang kami berdua,” jelas wanita itu.
Namun, takdir Allah tiada siapa boleh meneka. Kasih sayang ikhlas yang diberi tanpa balasan dipinta memberi kekuatan kepada Samsiah apabila kesakitan yang dialami mula berkurangan.
Tidak menjalani rawatan kemoterapi selepas pulang ke rumah, Samsiah akui lebih selesa mengamalkan rawatan berbekam yang lebih mudah, tidak sakit dan melibatkan kos yang jauh lebih murah.
Lebih menggembirakan, selepas mengikuti rawatan berbekam selama 10 kali, sel kanser Samsiah disahkan telah tiada.
“Saya mendapatkan rawatan berbekam ini dengan pakar dan setelah menjalani pemeriksaan darah baru-baru ini, saya disahkan bebas kanser, namun saya masih meneruskan rawatan kerana ingin betul-betul sembuh,’ ujarnya gembira.
Dalam pada itu, menurut Ismail, dia mendapati kesihatan isterinya semakin pulih selepas menjalani rawatan berbekam apabila tangannya mampu digerakkan dan boleh makan serta minum tanpa bantuan.
“Jika dahulu, semua kerja saya buat, sekarang dia semakin baik dan boleh bangun walaupun menggunakan alat bantuan berjalan.
“Dia juga sudah boleh keluar bersiar-siar tetapi jika penat akan menggunakan kerusi roda,” katanya.
Reda dan bersyukur dengan kesihatan isterinya yang semakin pulih, Ismail berharap lebih ramai penghidap barah mencuba rawatan alternatif dalam menyembuhkan penyakit itu.
“Selain berbekam, cuba makan makanan sunah seperti minyak zaitun, habbatus sauda, aprikot, kurma dan madu.
“Saya berharap pengalaman isteri saya lalui ini dapat menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain agar mereka tidak mudah berputus asa,” jelasnya.
See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kuasa-ikhtiar-1.58696