Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula
dalam Darah
Ujian
pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose
yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga
dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh
menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.
Biasanya
kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu
menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap
gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah.
Pemeriksaan
darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau
mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada
mesin glucometer.
Beberapa
jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:

  • Fasting
    blood sugar (FBS)
    atau
    pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan
    apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2-hour
    postprandial blood sugar (2HPP)
    atau
    pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan
    pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random blood
    sugar (RBS)
    atau
    pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan
    kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit
    mungkin menghadapi masalah  diabetes.
    Namun ia bukan ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu
    mengalami diabetes.
  • Oral glucose
    tolerance test (OGTT)
    ia adalah
    ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil
    dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah
    dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Bacaan Glucose yang Normal
Bagi ‘Fasting Blood Glucose’
Bacaam
Glucose
mg/dL
(mmol/L)
70 – 99
(3.9 – 5.5)
100 – 125
(5.6 – 6.9)
> 126
(>7.0)
Indikasi
Normal
Berisiko
Diabetes
Bagi
‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)
Bacaan ini
untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum
75-gram air glucose.
Bacaam
Glucose
mg/dL
(mmol/L)
< 140
(< 7.8)
140 – 200
(7.8 – 11.1)
> 200
(>11.1)
Indikasi
Normal
Berisiko
Diabetes
Bacaan
glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang
itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam,
kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.
Jika bacaan
glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan komplikasi mata, buah
pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan.
Jadi jika
anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah adalah sebahagian
pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit diabetes harus mengetahui
berapa kerapdan bila ujian pemeriksaan ini harus dilakukan.
Kekerapan ujian dilakukan
Ramai
pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan
glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah mencukupi.
Inilah yang
sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan di pusat kesihatan
kerajaan empat bulan sekali.
Ada yang
cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh beberapa hari
sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka normal. Jika
tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.
Ini adalah
suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose
dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.
Bilangan
kekerapan melakukan ujian darah bergantung kepada tahap kawalan gulanya setiap
hari. Ada yang memerlukan pemeriksaan glucose dalam darah hanya sekali dalam
sehari dan ada yang memerlukan ujian sebanyak enam kali sehari.
Satu panduan
dari American Diabetes Association (ADA),
US memberitahu golongan pesakit berikut harus diperiksa sebanyak
sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu:

  • Semua
    pesakit diabetik jenis 1
  • Semua
    pesakit diabetik yang mengambil 3 atau lebih suntikan insulin setiap hari.

Panduan ADA
juga menasihatkan pesakit diabetic agar memeriksa kandungan glucose mereka
sekerap yang boleh untuk memastikan mereka mencapai tahap glucose yang normal.
Bagi pesakit
diabetic yang bukan termasuk dalam golongan itu, mungkin berfikir memeriksa
gula sebulan sekali memadai. Itu juga tidak betul.
Sekali lagi
ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan glucose dalam darah mereka. Jika
pesakit mendapati bahawa paras gula dalam darah mereka adalah normal, maka
mungkin mereka boleh kurangkan pemeriksaan. Namun jika mereka mendapati paras
glucose mereka tidak normal, harus diperiksa sekerap yang mungkin untuk
mengesan punca yang menyebabkan paras glucose dalam darah tidak terkawal.
Selain itu,
ada masanya pesakit memerlukan pemeriksaan tahap glukos yang lebih kerap jika :
  • Baru memulai
    ubat diabetes atau baru mula ditukar ubat diabetes yang berlainan jenis
  • Sedang
    menukar dos ubat
  • Sedang dalam
    keadaan sakit eg. demam, batuk, selsema atau ada bisul
  • Sedang dalam
    latihan fizikal atau riadah yang berat
  • Sedang hamil
  • Sedang dalam
    musafir menyebabkan rutin seharian bertukar

Setiap
pesakit diabetic (terutama pesakit diabetic yang berumur 30an ke atas) perlu
mempunyai mesin glukometer bagi memudahkan mereka memeriksa sendiri kandungan
glucose dalam darah mereka.
Memeriksa
sendiri tidak harus menjadi janggal kerana saya selalu mengumpamakan ‘penyakit
diabetes telah menjadi sebahagian hidup kita’. Jadi kita harus tahu apa yang
boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan, nama ubat dan cara melakukan
pemeriksaan. ‘Alah tegal menjadi biasa’, segala perkara yang mustahil akan
mudah dilakukan jika kita ada kesungguhan melakukannya.
Sebagai
pesakit diabetic, fikirkan secara realistik. Penyakit diabetic akan memberikan
masalah selepas 10-15 tahun.  Jadi nasib
kita 10-15 tahun akan datang ditentukan oleh pesakit itu sendiri.
Oleh
itu  jika mereka mengetahui paras glucose
dalam darah adalah tinggi, mereka harus meningkatkan kekerapan memeriksa dari
sekali sehari kepada tiga kali sehari sehingga kita dapat mencapai tahap
glucose yang normal.
Masa sesuai untuk pemeriksaan glukose
Ramai
pesakit diabetic yang menganggap bahawa pemeriksaan glucose harus dilakukan
apabila telah puasa lebih lapan jam. Ia adalah nasihat yang benar. Namun ada
beberapa waktu yang digalakkan untuk melakukan pemeriksaan glucose bagi
memastikan kandungan glucose dalam darah di tahap yang normal.
Antaranya :

  • Sebelum
    makan
  • Selepas dua
    jam setelah makan
  • Sebelum
    tidur
  • Sebelum,
    semasa dan selepas melakukan riadah
  • Sebelum
    mengendalikan mesin berat atau memandu dalam masa yang panjang
  • Ketika
    mengalami tanda-tanda hypoglycemia (kekurangan glucose) atauhyperglycemia
    (lebihan glucose)

Pemeriksaan
yang kerap juga memerlukan kos yang tinggi. Setiap glucostix yang digunakan
berharga > RM2. Bayangkan jika menggunakannya enam kali sehari. Ini bermakna
membelanjakan RM360 sebulan.
Walau
bagaimana pun saya menganggap harga itu berbaloi untuk orang yang mampu.
Apabila kandungan glucose sudah stabil bolehlah dilakukan ujian sebanyak dua
kali sehari selama sebulan. Caranya seperti ini :

  • Minggu 1:
    Sebelum sarapan dan dua jam selepas sarapan
  • Minggu 2:
    Sebelum makan tengahari, dan dua jam selepas makan
  • Minggu 3:
    Sebelum makan malam dan dua jam selepas makan
  • Minggu 4:
    Sebelum tidur dan sebelum sarapan

Pemeriksaan
ini akan memberikan gambaran bagaimana pesakit mengamalkan pemakanannya. Dari
corak ini dapat dilihat bila masanya seseorang mempunyai tahap kandungan
glucose yang tinggi. Jadi di lain masa, pemeriksaan boleh diteruskan untuk
waktu itu saja.
Jadi
kekerapan pemeriksaan darah mungkin dapat dikurangkan dan menjimatkan kos. Jika
kita tidak ada kemampuan untuk menguji enam kali sehari, cubalah lakukannya dua
kali sehari. Catatkan dalam diari dan berbincang dengan doktor mengenai bacaan
kandungan glucose dalam darah terkawal apabila melakukan rawatan susulan.
Susunan: Dr
Zubaidi Hj Ahmad (090511)
http://drzubaidi.com/blog/?p=1720

Dapatkan Ujian Gula Dalam Darah di Pusat Terapi bekam Nabawi dengan hanya RM10 sahaja…

Hubungi/whatsapp untuk
temujanji
Pusat
Terapi Bekam Nabawi
019 339
3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha
Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”
Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *