Berapa Kali Sebaiknya Kita Harus Berbekam ?
Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh orang.
Jawapannya bergantung keadaan individu tersebut.
Kalau kita mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, idealnya sebulan sekali. Terutama tarikh 17, 19, atau 21 Hijrah (2 hari selepas bulan purnama), berdasarkan hadis-hadis tersebut:-
1. Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Daud, II/732, karya Imam al-Albani)
2. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kamu lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al -Albani (II/204))
3. Dari Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu,
dia bercerita: “ Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21. “(HR, Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)
4. Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “ Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:’ Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu ‘.” (Kitab Kasyful Astaar’ an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun mengatakan: “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana boleh jadi cecair-cecair tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cecair-cecair tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya kerana Watak Graviti Bulan yang sangat Kuat saat pertengahan Bulan “
Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah yang paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan-makanan berat 3-4 jam sebelumnya.
Imam Ibnul Qoyyim AlJauzi dalam kitabnya At-Thibbun An-Nabawi, beliau berkata, “hadis-hadis di atas telah disepakati oleh para tabib muslim, bahawa berbekam pada minggu kedua dan minggu ketiga (pertengahan bulan) adalah lebih bermanfaat daripada di awal atau akhir bulan. Namun apabila kerana adanya suatu keperluan mendesak untuk rawatan (maksudnya; bila ada seseorang yang sedang sakit), maka bila-bila masa bekam dilakukan tetap bermanfaat “.
Maksud pendapat Ibnul Qoyyim adalah, apabila seseorang tengah menderita suatu penyakit (merasakan sakit / sengal / kaku di daerah kedua-dua bahu / bahu, leher, tengkuk dan kedua-dua belikat), maka pada saat seperti itulah bekam sangat bermanfaat untuk dilakukan sebagai tindakan kuratif / rawatan.
Kadang ada orang yang malas mengikuti sunnah Nabi. Minimal dia berbekam 6 bulan / setahun sekali agar darah “kotornya” boleh dikeluarkan untuk digantikan dengan darah baru yang segar.
Namun saat orang tersebut menderita penyakit darah tinggi, contohnya tekanan darah 190/120 dan kepala pening, sebaiknya bekam dilakukan sebulan sekali. Paling lama 2 bulan sekali. Jangan sampai 6 bulan lebih tidak dibekam sehingga boleh terkena stroke terlebih dahulu.
Sudah ada beberapa keluarga pesakit yang meski sudah dibekam, namun kerana 6 bulan lebih tidak dibekam masih mengalami penyakit darah tinggi, akhirnya masuk hospital kerana stroke. Pada masa tersebut, walaupun hanya minor strok / kelumpuhan sebahagian tubuh, akhirnya membuat mereka hanya duduk / tidur tanpa boleh bekerja atau berusaha.
Oleh kerana itu, jika anda mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, asam urat, atau penyakit lain yang boleh dikesan dengan darah, sebaiknya menjadikan berbekam sebagai rutin agar penyakitnya tidak menjadi lebih teruk. Yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya.
KESIMPULAN:-
1. Bekam sebaiknya dilakukan secara rutin, minimum sebulan sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari penyakit.
2. Bekam boleh dilakukan bila-bila masa, malah ketika seseorang sedang menghadapi suatu penyakit, berbekam dijadikan sebagai ikhtiar kuratif / perubatan
3. Jarak masa berbekam dari satu masa ke masa yang seterusnya, Apablia dimaksudkan sebagai tindakan rawatan, boleh dilakukan seminggu sekali, dengan catatan tidak di lakukan bekam pada titik bekam yang sama, kecuali setelah berlalu sekita 30 sehingga 40 hari.
Wallohu a’lam!
Wallohu a’lam!
Sumber : thibbalummah
Hubungi/whatsapp untuk temujanji
Ar Rahmah Wellness
019 339 3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”