Buasir

BUASIR
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
 
Jenis-jenis buasir
Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
 

Buasir dalaman & Buasir luaran

 

Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Penyebab Utama
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu
    lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan
    heteroseksual dan homoseksual.

 

 

Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
  • Mengandung
  • Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
  • Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

 

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
Pencegahan
  • Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir.
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5
    minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam  tandas.
  • Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik.

 

 
Pengurusan Sendiri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh
    merangsangkan usus (kopi atau teh).
Rawatan
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. 
Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir.
  • Pertamanya menghentikan gejala atau simptom
    (sakit, pedih dan gatal).
  • Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
Beberapa kaedah rawatan adalah :-
  • BERBEKAM
  • AKUPUNTUR
  • Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam)
  • Sapuan ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan
  • Menggunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation).
  • Koagulasi Inframerah
  • Elektrokoagulasi bipolar (Bicap),
  • Terapi laser
  • Pembedahan (langkah terakhir)
Apa yang bekam boleh buat untuk sakit ini?
Konsep bekam adalah merangsang saraf yang sakit seperti konsep seperti akupuntur, mengeluarkan darah kotor yang selama ini berkumpul di bawah kulit.
Di Ar Rahmah Wellness, kami memberikan khidmat pakar kepada para pelanggan kami, keselesaan pelanggan2 adalah TOP PRIORITY bagi kami.

 

Hubungi/whatsapp untuk temujanji
Ar Rahmah Wellness
019 339 3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”
Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *