Alhamdulillah, semalam telah menerima jemputan dari HUSM bagi mengikuti kursus Diploma Eksekutif Keusahawanan Islam (Jurubekam Klinikal) yang akan berlangsung dari 7-11 Feb 2015.
Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:-
1. Memberi pengikhtirafan kepada jurubekam sedaa ada yang telah berkhidmat lebih daripada dua (2) tahun pengalaman
2. Menyediakan ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) kepada pengamal bagi meyakinkan masyarakat terhadapat perkhidmatan bekam di malaysia malah antarabangsa
3. Mendapat pengikhtirafan KKM sbg syarat membolehkan perawat meneruskan perkhidmatan bekam apabila akta PTK 2012 dikuatkuasakan
4. Menambah bilangan jurubekam bertauliah untuk memberi khidmat kepada pesakit di Hospital, Pusat kesihatan dan daerah masing-masing
Semoga dengan program ini, dapat meningkatkan taraf kesihatan masyarakat serta menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW
Oleh yang demikian, semua temujanji/rawatan pada 7-11 Feb 2015 akan ditunda/dibatalkan. Maaf atas kesulitan..