KETEPATAN DIAGNOS - SUATU SENI MERAWAT

Diagnos adalah satu seni. Seni mengetahui keadaan seseorang. Diagnosa yang tepat dapat membantu pengamal membuat justifikasi rawatan yang lebih tepat, seterusnya membantu pesakit.
Ini kerana, pesakit yang datang dengan masalah yang sama (contohnya 10 pesakit kencing manis), boleh jadi mempunyai simptom yang sama atau berbeza. Ini kerana punca kepada masalah mereka berbeza.
Di Ar Rahmah Wellness, kami menggunakan kaedah diagnos yang bersifat alami seperti nadi, lidah, mata, tapak tangan. Ada juga waktu tertentu kami pakai mesin. Yang itu nanti kita cerita.
Kesimpulannya, semakin tepat diagnosa, ketepatan rawatan meningkat, kadar kesembuhan lebih tinggi dapat dicapai dengan izin Allah jua.
“Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan.” (HR. Abu Daud)
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya… diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya.” (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
“Barangsiapa melakukan kaedah praktikal pengubatan namun dia tidaklah terkenal seorang yang menguasai kaedah perubatan, maka dia bertanggungjawab memberi ganti rugi jika pesakitnya mengalami kerugian.” (Hr. Abu Daud, no. 4586;)
Ok baru selesai dua kunci. Ada lagi yang ketiga. Yang ini super penting. Kalau yang ketiga ni takde, tak bergunalah dua kunci sebelumnya..
Jangan lupa share dan tag kawan pengamal kita. Supaya lebih ramai orang boleh baca.. cukup 20 share posting ini di Facebook saya kongsikan kunci yang ketiga..