TERJEMAHAN BUKU
AL-QURAN & SAINS MODEN
Oleh : Dr. Zakir Naik
XI. EMBRIOLOGI
PERINGKAT-PERINGKAT EMBRIO
Dan
sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah . Kemudian Kami
menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian Kami ciptakan air mani (menjadi) gumpalan darah, lalu Kami ciptakan
gumpalan darah (menjadi ) segumpal daging, kemudian Kami ciptakan segumpal
daging (menjadi) tulang, lalu Kami bungkus tulang (dengan) daging, kemudian
Kami menjadikanya makhluk (yang berbentuk) lain, maka Maha Suci Allah
sebaik-baik Pencipta. ( Al-Mu’minuun : 12 – 14 )

Dalam ayat Al-Qur’an ini Allah
menyatakan bahawa manusia dijadikan dari suatu kuantiti kecil cecair yang
ditempatkan dalam suatu tempat bersemadi, yang tetap teguh (terlindung atau
terselamat), yang mana menggunakan perkataan Arab qaraarin makiin,
Rahim tersebut terlindung dengan baik di sebelah belakangnya oleh tulang
belakang yang disokong dengan mantap oleh otot-otot belakang. Embrio tersebut
tambahan lagi dilindungi oleh karung ketuban (amniotic sac) yang mengandungi
cecair amniotic. Oleh itu janin tersebut berada pada tempat persemadian yang
terkawal dengan baik.

Suatu kuantiti kecil cecair ini
kemudiannya dijadikan alaqah, iaitu sesuatu yang menyangkut, atau suatu bahan
berbentuk seperti seekor pacat. Kedua-dua penjelasan bentuk ini diterima secara
saintifik di mana pada peringkat awal janin tersebut menyangkut pada dinding
rahim, dan menyerupai bentuk seekor pacat. Ia juga berkelakuan seperti seekor
pacat (penghisap darah) dan memperolehi bekalan darah daripada ibunya melalui
plasenta.

Maksud ketiga bagi perkataan alaqah
ialah segumpal darah beku. Semasa peringkat alaqah ini, iaitu pada minggu
ketiga dan keempat kandungan, darah tersebut membeku/menggumpal dalam
saluran-saluran tertutup. Dengan itu embrio memperolehi bentuk seperti suatu
gumpalan darah, dan juga berbentuk seperti se ekor pacat.

Dalam tahun 1677, Hamm dan
Leeuwenhoek merupakan saintis yang pertama sekali membuat pemerhatian sel
sperma manusia (spermatozoon) menggunakan mikroskop. Mereka menganggap bahawa
suatu sel sperma mengandungi suatu manusia terhalus yang membesar dalam rahim
ibu untuk membentuk seorang bayi. Ini dipanggil sebagai teori perforasi
(perforation theory). Apabila saintis menemui bahawa ovum adalah lebih besar
daripada sperma. De Graf dan lain-lain saintis menganggap janin ujud dalam
bentuk yang tersangat kecil dalam ovum. Selepas itu dalam abad ke 18 , Maupertuis
mewarwarkan teori warisan biparental.

Alaqah kemudiannya
bertukar menjadi mudghah, yang bermaksud ‘sesuatu yang dikunyah ( mempunyai
kesan gigitan)’ dan sesuatu yang melekit dan kecil yang boleh dimasukkan ke
dalam mulut seperti gam. Kedua-dua penjelasan ini secara saintifiknya adalah
betul. Prof. Keith Moore telah mengambil sekeping pelekat plaster dan
membentukkannya mengikut saiz dan bentuk janin pada peringkat awal, dan
kemudian mengunyahnya di antara giginya untuk membentukkannya seperti ‘Mudgha’.
Beliau membandingkan bentuk tersebut dengan gambar-gambar janin pada peringkat
awal. Kesan-kesan gigitan tersebut menyerupai ‘somites’ iaitu peringkat awal
pembentukan tulang belakang.

Mudghah ini akan
bertukar menjadi tulang-tulang (izaam). Tulang-tulang ini disaluti dengan
daging berkeadaan baik atau otot-otot (lahm). Kemudian Allah menukarkannya
menjadi makhluk yang lain.

Prof. Marshall Johnson adalah
seorang saintis terkemuka di Amerika Syarikat dan Ketua Jabatan Anatomi dan
Pengarah Institiut Daniel di Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia.
Beliau telah diminta memberi komentarnya ke atas ayat-ayat Al-Qur’an yang
berkaitan dengan embriologi.

Beliau menyebut bahawa ayat-ayat
Al-Qur’an yang menerangkan mengenai peringkat-peringkat embriologikal tidak
mungkin ianya secara kebetulan. Beliau berkata mungkin Muhammad SAW mempunyai
mikroskop berkuasa tinggi.Apabila diingatkan bahawa Al-Qur’an telah diturunkan
1400 tahun yang lalu, pada hal mikroskop hanya dicipta selepas zaman Nabi
Muhammad SAW, Prof. Johnson ketawa dan mengakui bahawa mikroskop pertama yang
diciptakan pun tidak berupaya memperbesarkan imej melebehi 10 kali ganda dan
tidak dapat memberikan gambar yang terang.

Kemudian beliau berkata: “Saya
tidak dapat melihat sebarang percanggahan dengan konsep bahawa pengaruh campur tangan
Ilahi apabila Muhammad SAW membaca Al-Qur’an.”

Menurut Dr.Keith Moore ,
klasifikasi moden bagi peringkat pertumbuhan embrio yang diterimapakai oleh
seluruh dunia, tidak mudah difahami kerana ia menentukan peringkat-peringkat
tersebut secara numerical, iaitu peringkat 1, peringkat 2 dan seterusnya.
Tetapi pembahagian yang diterangkan oleh Al-Qur’an pula berdasarkan bentuk yang
jelas dan boleh ditentukan pada setiap peringkat pertumbuhan embrio. Ia
berdasarkan kepada peringkat-peringkat yang berlainan bagi pertumbuhan sebelum
kelahiran bayi (prenatal) dan ia memberikan penjelasan saintifik yang anggun ,
mudah difahami dan praktikal.

Peringkat-peringkat pertumbuhan
embriologikal manusia ini juga diterangkan dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang
berikut:

Bukankah dia dahulunya (adalah) setitis dari air mani (yang) ditumpahkan
(dirahim). Kemudian ia menjadi segumpal darah lalu Allah ciptakan (manusia)
lalu Dia sempurnakan (bentuknya). Lalu Dia jadikan darinya sepasang (iaitu)
lelaki dan perempuan. ( Al-Qiyaamah : 37 – 39 )

Yang
Dia telah menciptakan kamu lalu Dia menyempurnakan kamu lalu Dia menjadikan
kamu seimbang . ( Al-Infithaar : 7 – 8 )