MEDIKOLOGI
MEDIKOLOGI ialah sebuah sistem perubatan yang berlandaskan aliran Greek-Arab-Moden.
Dengan prinsip INTEGRATIF, Medikologi menggabungkan pelbagai aliran
lain. Dengan prinsip EKLEKTIK pula, Medikologi memilih teknik dan kaedah
merawat yang terbaik daripada pelbagai aliran tersebut.
SEJARAH
Aliran Medikologi bermula dengan penulisan ilmu perubatan oleh tokoh
Greek yang bernama Hippocrates. Karya beliau sangat penting kerana ia
menjadi pencetus bagi kajian-kajian dalam bidang perubatan secara
rasional. Dengan itu beliau telah digelar sebagai “Bapa Perubatan”.
Hippocrates menyusun dasar-dasar ilmu perubatan dan mencipta pelbagai
istilah yang digunakan untuk menjelaskan pelbagai konsep perubatan.
Usaha ini diteruskan oleh beberapa tokoh Greek khususnya Galen. Di
samping karyanya sendiri, Galen juga telah melakukan pelbagai
pembaharuan, kritikan dan penambahbaikan terhadap karya-karya
Hippocrates.
Pendedahan ilmu-ilmu ini kepada dunia Islam-Arab
telah melahirkan ramai tokoh ilmu dan tokoh pemikiran dalam dunia
Islam-Arab. Antara tokoh penting dalam bidang perubatan ialah Zakaria
Ar-Razi, Ibnu Sina dan Ibnun Nafis.
Antara ketiga-tiga orang
tokoh tersebut, Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan yang paling
menonjol. Kehebatan beliau dalam bidang ilmu, khususnya ilmu perubatan
dan ilmu falsafah membuatkan beliau disanjung dan dikagumi ramai,
termasuklah para pembesar ketika itu, sehinggakan beliau menjadi rebutan
kerajaan-kerajaan yang ada.
Aliran ini walaupun berasal
daripada Greek, adakalanya lebih terkenal sebagai Perubatan Ibnu Sina
kerana pengaruh beliau yang sangat besar dalam aliran Greek-Arab-Moden
ini. Karya beliau Al-Qanun Fit Tibb (Canon of Medicine) menjadi rujukan
utama masyarakat Arab dan kemudiannya ia sampai kepada masyarakat
Eropah. Di Eropah, kitab beliau itu menjadi silibus utama di beberapa
universiti selama ratusan tahun. Kitab Al-Qanun Fit Tibb diiktiraf
sebagai kitab perubatan yang paling lama dijadikan rujukan.
LIMA RUKUN MEDIKOLOGI
1. Tuhan
2. Perawat
3. Pesakit
4. Bahan
5. Ilmu
Alhamdulilillah, telah diterima masuk memngikuti pengajian MEDIKOLOGI bermula Februari 2015 ini.