‘Menoreh Getah’ vs ‘Menoreh Manusia’

Beberapa hari lepas, selepas sarapan, bersembang bersama beberapa
penduduk tempatan, terbuka lah cerita, mengenai pengalaman mereka
menoreh getah dulu-dulu..

Rupa-rupanya bukan senang nak menoreh
getah ya, banyak faktor yang diambil kira… Si A berkata, sebelum
dibenarkan menoreh mengikut emaknya semasa kecil, dia terpaksa berlatih
menoreh di satu pokok dibelakang rumahnya. berbulan juga latihan dibuat,
barulah ibunya benarkannya mengikut menoreh.

Pisau toreh getah
ni ada pelbagai design dan kualitinya mengikut jenis yang digunakan.
kalau besinya bagus, mahal la sikit, tapi takper sebab untungnya mata
pisau tu tajam dan tahan lama.

Cara menoreh pun perlu diperhalusi, nampak mudah tapi perlu belajar teknik untuk MENJAGA batang pokok. Antaranya
– pisau yang tajam
– cara memegang pisau
– kaedah torehan
– arah alur torehan
– curam alur torehan
– tinggi alur torehan
– kedalaman torehan
– masa menoreh

 kaedah yang BETUL adalah perlu bagi
– hasil yang maksima
– kos yang minima
– menjaga kesuburan pokok
– mengurang kerosakan pokok
– pemulihan kulit

bak kata orang ‘ Torehan yang sempurna adalah torehan yang mempunyai
luka yang paling minimum pada pokok getah tetapi mengeluarkan hasil yang
maksima. torehan tidak terlalu dalam sehingga terpotong lapisan dalam
dan tidak terlalu cetek sehingga susu tak keluar.

Apabila
difikirkan balik… sedangkan nak menoreh getah pun perlukan latihan dan
ketelitian, apatah lagi berbekam menggunakan kaedah sayatan.

Keadah bekam dengan sayatan semakin popular kebelakangan ini,
sehinggakan pesakit dan pembekam mencuba kaedah sayatan. ada pembekam
menawarkan kursus sayatan dengan harga yang murah malah percuma.

Kepada pesakit, carilah pembekam yang memang ahlinya, bukan sekadar
ikut-ikut dan ‘dikit-dikit pakar’ (baru belajar sedikit sudah menggelar
dirinya pakar)

Kepada pembekam, bergurulah dengan guru yang betul,
bukan sekadar ikut-ikut atau belajar sendiri sehinggakan boleh
merisikokan pesakit

Saya sendiri sebelum mempelajari kaedah ODT,
telah menggunakan kaedah sayatan lebih 2 tahun, tetapi setelah belajar
ODT, ternyata hasilnya sangat menakjubkan.

Hubungi/whatsapp untuk temujanji
Pusat Terapi Bekam Nabawi
019 339 3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”


Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *