Merawat Sakit Belakang dengan Yumeiho

Merawat
Sakit Belakang dengan Yumeiho

Boleh dikatakan
semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang,
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah
mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu.
Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang
besar kepada pengambilan cuti sakit.
Sakit
belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata
Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang
tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam
badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat
makanan berlaku dengan sempurna. (rujukan :  http://www.hmetro.com.my/articles/Puncasakitbelakang/Article/ )

Penyakit Akibat Masalah Tulang Belakang
Masalah
sakit belakang berpunca daripada bahagian tulang belakang tertentu yang tidak
berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami
pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan,
sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit seperti
kencing manis, darah tinggi, dan lain-lainnya mungkin juga berpunca daripada
masalah tulang belakang selain daripada pemakanan.
Masalah Sakit Belakang Berpunca daripada Dislokasi Tulang Pinggul

Gambar
di atas menunjukkan masalah sakit belakang yang berpunca daripada tulang belakang
yang tidak betul kedudukannya. Apabila pinggul sudah tidak seimbang maka tulang
belakang anda akan bengkok dan jika dibiarkan berlarutan maka anda akan
mengalami masalah kesihatan yang kronik. Pelbagai senario yang boleh membuatkan
tulang belakang itu bermasalah seperti kemalangan jalanraya, jatuh ketika
bersukan atau bekerja dan duduk di kerusi pejabat terlalu lama. Ada beberapa
pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka
muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi
masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin
meningkat.
Rawatan 
masalah sakit belakang boleh dilakukan dengan melakukan Terapi Yumeiho.
Terapi
Yumeiho adalah suatu metode untuk membetulkan posisi tulang seluruh tubuh, mengendorkan
otot-otot dan jaringan sel-sel organik serta secara radikal menghilangkan
penyakitnya, dengan tulang pinggul sebagai pusatnya.
Metode
Yumeiho sebagai suatu terapi dengan pemiijatan, penarikan serta tekanan-tekanan
vertikal akan dapat memulihkan sendi-sendi yang terkilir dan menata kembali
tulang-tulang yang mengalami dislokasi.


Berdasarkan
pengalaman yang saya lakukan dengan metode Yumeiho banyak memberi hasil
kesembuhan, yang terkadang sangat spektakuler.

Hubungi/whatsapp untuk
temujanji
Pusat Terapi Bekam Nabawi
019 339
3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha
Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”

Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *