Rasulullah is My Doctor

[Info
Pengubatan Sunnah – Pengakuan seorang mualaf kepada kaedah pengubatan islam
yang digunakan oleh Nabi s.a.w.]
Dipetik dari
bukunya – ‘Rasulullah is My Doctor’
Selepas saya
memeluk agama Islam di Arab Saudi pada tahun 1984, saya mula berjinak-jinak
dengan perubatan Islam gaya Nabi s.a.w melalui hadith yang saya baca dan
melalui perkongisan daripada rakan-rakan.
Ketika saya
mempunyai waktu lapang, saya mula mempelajari serba sedikit berkenaan ilmu
perubatan islam menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Saya juga melakukan
eksperimen pada diri saya sendiri. Saya terkejut kerana dapati tahap kesihatan
saya bertambah baik dengan begitu cepat. Saya akhirnya menyedari bahawa
ubat-ubatan kimia yang digunakan secara meluas kini hanya dapat mengubati
gejala sesuatu penyakit, tetapi tidak mampu menyembuhkan penyakit tersebut
Hakikatnya,
ubat-ubatan yang digunakan oleh Nabi s.a.w paling berkesan bagi menyembuhkan
dan mencegah penyakit. Saya juga mengetahui, perubatan yang dianjurkan oleh
Nabi s.a.w ini dapat mengubati pelbagai penyakit, kecuali mati.
Al-Quran dan
hadith adalah sumber maklumat yang bermanfaat dalam menemukan kita dengan
kaedah mengubati pelbagai jenis penyakit. Saya hairan, kenapa ramai umat Islam
pada hari ini menderita penyakit jantung, sedangkan ubat nombor satu yang
paling ampuh adalah dengan membaca Al-Quran secara teratur.
Apakah
alasan seorang Muslim memilih bagi melakukan pembedahan jantung yang berbahaya,
dan mengambil ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan buruk kepada sistem
saraf pusat. Sedangkan Al-Quran mampu menawarkan kesembuhan?
Jawapannya,
mereka sudah terpengaruh dengan momokan media dengan paparan iklan yang tidak
bernas bagi mendorong lambakan keuntungan hanya kepada syarikat farmasi gergasi
yang menguasai ekonomi dunia
Dua kunci
kebahagian adalah pencerahan spiritual dan kesihatan yang baik. Saya seorang
mualaf, saya masih baru dalam perubatan gaya Nabi s.a.w ini. Saya mencintai perubatan
gaya nabi s.a.w dan percaya 100 peratus dengan seluruh jiwa raga saya.
Apakah anda
semua mahu bersama saya? Mohon kepada Allah s.w.t. supaya membimbing kita dan
sentiasa menunjukkan kita jalan yang benar.
– Jerry D.
Gray, Rasulullah is My Doctor
Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *