Rejab Datang Lagi

Sudah 10 Mei
hari ini dan malam ini selepas maghrib bulan Rejab akan menyusul. Bila dah
masuk bulan rejab maka masa akan berlalu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Ayuh
kita berdoa agar Allah Subhanawataala memanjangkan usia kita untuk bertemu
dengan Ramadhan pada tahun ini.
Nota:
Sekadar peringatan, kepada sesiapa yang belum diganti puasa tahun lepas, jangan
terlepas pandang pula ye!
Alhamdulillah…
Alhamdulillah… Segala puji hanya aku tuju buatMu ya Rabbi…Selawat serta salam
buat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga baginda, para sahabat
baginda dan seluruh muslimin wal muslimat, mukminin wal mukminat yang sentiasa
menegakkan Deen Allah sama ada yang telah menemui syahid atau yang masih
berjuang…
Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu…walaupun
hamba-hambaMu sentiasa lupa kepadaMu, walaupun hamba-hambaMu sering mengingkari
perintahMu, walaupun hamba-hambaMu melengahkan perintahMu tapi Engkau tidak
pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan
kepada mereka dan Engkau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan
yang Engkau redhai…
Wahai
sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Allah, mohonlah pada Allah sekiranya
memerlukan pertolongan di samping berusaha…sabarlah dengan kesusahan yang
datang…sesungguhnya selepas itu akan ada kesenangan…
Pesanan
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Abbas : “Wahai ghulam
(panggilan untuk anak kecil), mahukah aku ajarkan kepada engkau beberapa
perkara?” Ibnu ‘Abbas menjawab : “Mahu, ya Rasulullah.” Rasulullah kemudian
bersabda : “Peliharalah Allah, nescaya Dia Akan memelihara kamu. Peliharalah
Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapanmu. Jika engkau meminta, maka
mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, maka pohonlah kepada
Allah. Ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, nescaya Allah akan
mengingatimu ketika engkau dalam kesusahan. Pen telah diangkat dan lembaran
suhuf telah kering. Sekiranya manusia berkumpul untuk memberi sesuatu kepadamu
yang tidak ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.
Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang
telah ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.
Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan dan bagi setiap
kesusahan itu ada kemudahan.” (Al-Hadis)
**Segala-galanya
berkemungkinan hanya dengan ketentuan Allah Subhanawataala sahaja.
sumber: mummycool

Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *