SCOLIOSIS

Scoliosis
Scoliosis
adalah satu keadaan perubatan di mana tulang belakang seseorang adalah
melengkung dari sisi ke sisi . Ia merupakan satu penyakit iaitu kelengkungan
lateral dan pemutaran yang kompleks serta kecacatan spina (tulang belakang). Ia
adalah satu kecacatan tiga dimensi yang kompleks, iika dilihat pada x-ray dari
sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih
kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.
Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya
ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani.
Mengikut
pengalaman pesakit scoliosis, kebanyakkan pesakit scoliosis lebih menderita
dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakan mereka merasa
terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini
memang sering terjadi kepada pesakit scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak
normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami
perubahan-perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit
tinggi berbanding bahu sebelah.
Insya Allah,
di Pusat Terapi Bekam Nabawi, kami mempunyai ikhtiar merawat pesakit yang
mengalami masalah scoliosis tanpa pembedahan. Alhamdulillah, dengan kaedah
Triple Power, telah membantu pesakit yang mengalami scolosis dan juga masalah2
lainnya…
Punca Penyebab
Punca
penyebab Scilosis ini dapat dibahagikan kepada 3 kategori:-
  • Scoliosis
    Idiopathic
  • Scoliosis
    Kongenital
  • Scoliosis
    Sekunder
Scoliosis Idiopathic
Scoliosis
Idiopathic merupakan jenis scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada
‘penyebab yang tidak diketahui’, dan secara umumnya dipercayai multifactorial,
walaupun genetik dipercayai memainkan peranan. Lebih 80% dari kes scoliosis
adalah idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’
yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic
scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:-
  • Infantile
    idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
  • Juvenile
    idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
  • Adolescent
    idiopathic scoliosis (10-18 tahun)
  • Adult
    idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia
    pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di
    atas yang telah menginjak usia dewasa.
Scoliosis kongenital
Scoliosis
kongenital boleh dikaitkan dengan kecacatan tulang belakang dalam minggu 3-6
dalam rahim. Ia adalah hasil daripada sama ada kegagalan pembentukan, kegagalan
segmentasi, atau gabungan rangsangan.
Scoliosis sekunder
Scoliosis
sekunder sebagai simptom sesuatu penyakit lain seperti penyakit saraf boleh
terjadi semasa proses perkembangan. (contohnya, spina bifida , cerebral palsy,
atrofi otot tulang belakang, atau trauma fizikal) atau sindrom seperti
kecacatan Chiari (serebelum otak berkembang ke kanal spina, menghalang cecair
spina serebral daripada mengalir dan menyebabkan gejala-gejala neurologikal).
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, ataupun
muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat scoliosis kerana mereka
mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami
tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’
Cobb angle –
pengukuran tahap scoliosis
Tanda-tanda Scoliosis
Tanda-tanda
pada pesakit yang menghidapi scoliosis ialah:-
  • Otot tidak
    seimbang di sebelah tulang belakang
  • Tulang rusuk
    / bahu yang menonjol, disebabkan oleh putaran sangkar rusuk pada scoliosis
    toraks
  • Pinggul,
    lengan atau panjang kaki tidak seimbang
  • Tindakan
    saraf perlahan (dalam beberapa kes)
  • Sakit di
    bahagian bawah atau atas bahu, leher dan sakit punggung, sakit pinggang, sakit
    bahagian bawah belakang.
  • Sakit
    berkaitan saraf kaki
Wanita abad
ke-14 menghidap sciolosis; Limburgs Museum
Komplikasi sekiranya tidak
dirawat
Kerosakan paru-paru dan jantung.
Ini boleh
berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan
menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat.
Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam keadaan ini,
pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia.
Sakit tulang belakang.
Semua
pesakit, sama ada dewasa atau kanak-kanak, berisiko tinggi mengalami masalah
sakit belakang kronik. Jika tidak dirawat, pesakit mungkin boleh menghidap masalah
sakit sendi. Tulang belakang juga mengalami lebih banyak masalah apabila
pesakit berumur 50 atau 60 tahun.
Masalah imej.
Biasanya
pesakit berasa rendah diri, malu dan kurang yakin untuk berdepan orang lain
kerana badan mereka tidak seimbang, tinggi atau senget sebelah.
Kemurungan.
Ini antara
masalah psikologi yang paling dikhuatiri pakar perubatan. Pesakit akan lebih
mudah mengalami kemurungan dan rasa sedih melampau.

INFO SCOLIOSIS (maklumat dari
pesakit)
KOS
Kos rawatan
scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi
beberapa rod, skru, plat & kabel, ditambah lagi ia adalah sejenis
pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini.
Kalau tidak
silap saya, kos rawatan di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000-25,000
bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang
akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan
keseriusan bengkok tersebut,. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh
mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital.
RISIKO PEMBEDAHAN
Jangkawaktu
satu-satu pembedahan scoliosis ialah antara 2 hingga 10 jam bergantung kepada
keadaan kes. Sepertimana pembedahan lain, pembedahan scoliosis juga terdedah
kepada risiko jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius).
Selain itu, keadaan seperti wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf
tunjang juga boleh berlaku.
Lebih
berusia seseorang pesakit itu, maka lebih besar risiko yang perlu dihadapinya.
Bagi seorang ‘adult scoliosis’, kemungkinan untuk mengalami jangkitan ataupun
pneumonia adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang lebih muda.
Meskipun
begitu, risiko pembedahan scoliosis tidak terhad kepada risiko-risiko seperti
di atas tetapi juga melibatkan keadaan yang mungkin memerlukan pembedahan
ulangan seperti:
  • Pseudoarthrosis(percantuman
    tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya)
  • Bengkok
    tidak berkurangan (bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation)
  • Instrument
    (skru/plat) patah ataupun longgar.
  • Jangkitan
    dan/atau kesakitan pada graf tulang 
Pengalaman Sebenar Pesakit
Sciolosis
Sebenarnya
saya tak terlintas pun difikiran nak menulis blog ni.Idea ni tiba2 je terlintas
di fikiran saat hati dilanda kesedihan.Mungkin di luar sana ramai yang
mengalami nasib yang sama seperti saya.Nasib yang kadang2 membuatkan kita sukar
untuk membuat pilihan dalam hidup.Antara dua pilihan yang teramat sukar
dipilih.
Semuanya
bermula ketika umur saya 12 tahun.Saat itu saya merasakan ada sedikit kelainan
pada tulang belakang saya.Oleh itu saya informkan kepada ibu saya.Biasalah
orang kampung sedikit susah nak percaya benda2 macam ni.Jadi saya mengambil
keputusan untuk mendiamkan diri.Ketika umur saya 13 tahun tulang belakang saya
menjadi makin tidak normal.Tetapi sya membiarkan sahaj perkara itu.Difikiran
saya ianya mungkin perkara normal bagi remaja yang baru melalui zaman
period.So..saya membiarkan perkara itu berlanjutan sehingga ke tingkatan
3.Ketika berada di tingkatan 3,kawan2 saya sering menegur saya memakai kain
senget dan juga menyandang beg senget.Ketika itu ada sedikit perasaan merendah
diri dan juga malu.Tetapi sya membiarkan sahaja soalan2 yang sering diajukan
oleh kawan.Saya memang menyedari perubahan itu.Tetapi saya hanya membiarkan
sahaja tanpa mengambil langkah berjaga2.Sewaktu dizaman persekolahan saya
merupakan pelajar yang aktif dalam sukan.Saya suka berlari.Tidak kiralah acara
lari apa.Pasti akan saya turut serta.Selepas tamat pengajian sekolah menengah
saya memasuki alam pengajian tinggi.Ketika itulah sya baru menyedari sya
menghidapi penyakit scoliosis.Sebelum memasuki alam pengajian tinggi saya perlu
membawa medical check-up.Ketika itulah keputusan x-rays keluar dan ketika itu
juga doktor memaklumkan ketidak normalan pada ujian x-rays saya.Doktor meminta
saya menyelak baju belakang saya untuk melihat keadaan badan belakang sya.Ketika
itu doktor menyatakan saya menghidapi penyakit scoliosis.Doktor menyarankan sya
berjumpa pakar orthopedik.Tetapi saya merahsiakan perkara itu dari pengetahuan
family.Alangkah sedihnya saya mendapat khabar berita itu.Patutlah selama ini
bila say mahu memakai pakaian pasti nampak senget.Sangat sukar bagi sya utk
mencari baju yang bersesuaian dengan badan saya.Sejak itu saya merahsiaknnya
dari pengetahuan semua.Saya tidak mahu membebankan perasaan dan jiwa mak dan
ayah.Maka saya mengambil keputusan mendiamkan diri.Ketika itu sedikit hilang
semangat saya untuk melanjutkan pelajaran.Tetapi saya kumpul semula semangat
saya yang telah hilang.Saya kembali kepada diri saya yang dulu seorang yang
periang yang kuat semangat.Saya cuba menjadi diri saya yang dulu,tetapi saya
cuma manusia biasa.Kadang2 perasaan putus asa itu kembali datang kepada diri
saya.Siapa yang tidak sedih apabila dimaklumkan menghidapi scoliosis.Saya cuma
manusia biasa,saya tidak lari dari perasaan sedih.Tetapi saya selalu mencuba
untuk sentiasa berfikiran positif untuk terima sumenya dgn fikiran yang terbuka
dan redha.Saya mulakan kehidupan seperti biasa seperti student2 lain.Tetapi
yang membezakannya saya sedikit kurang aktif.Segala pergerakan harus
dibataskan.Saya tidak boleh bergerak sangat.Saya tidak boleh berdiri lame,duduk
lame.Segala-galanya membuatkan tulang belakang saya terara sakit dan
menyekatkan pergerakan saya.Maka saya terpaksa mengurangkan aktiviti pergerakan
tubuh badan.Pada pertegahan semester tulang belakang saya semakin teruk.Ketiak
itu saya dimasukkan ke hospital akibat tidak dapat berjalan,kerana terlampau
sakit.Ketika itulah doktor menghubungi family.Ketika itu alangkah sayunya wajah
mak dan ayah kala mendengar penjelasan doktor.Maaf mak..maaf ayah atas
pembohongan anakmu selama ni..mungkin cukup sukar untuk kalian menerima hakikat
ini.Mungkin berita ini cukup membuatkan kalian cukup rasa sedih.Tidak disangka
seorang yang sangat aktif suka tersenyum.Suka membuat orang lain titut
tersenyum sama menghidapi penyakit scoliosis di tahap kritikal.Apa yang boleh
dilakukan.Semua itu adalah lumrah kehidupan yang harus dilalui.Jalan cerita
setiap orang semuanya berbeza begitu juga saya.Apa yang perlu ada dalam diri
adalah ketabahan kekuatan dan keberanian.Memang cukup sukar untuk dilalui.Tetapi
lagi sukar bila kita sentiasa menyesali.Aggaplah ianya sebagai ujian bagi
menguji sejauh mane keimanan kita.Tidak salah untuk menangisi,tipulah kalau
saya katakan saya tidak menangisi apa yang sedang terjadi kepada saya.Tetapi
janganlah terlalu bersedih,ianya akan membuatkan hari2 yang akan datang cukup
derita.Bagi saya ianya memang cukup teruji.Saya lalui dengan penuh senyuman
tetapi dihati kadang2 tersirat ke pahitan.Selepas kejadian itu ayah dan mak
berusaha untuk mengubati penyakit saya.Saya dibawa ke sana ke sini.Berubat cara
kampung,berurut.Macam2 saya lalui.Biasalah orang kampung kurang mempercayai
perubatan moden.Saya hanya mengikuti sahaja kehendak ayah.Sehingga satu hari
itun saya meluahkan perasaan saya.Saya cukup terasa tidak tertanggung untuk
menghadapi semua ini.Berurut itu cukup membuatkan tulang saya bertambah sakit
dan cukup sakit.Makan saya pinta kepada ayah untuk berhenti berubat.Saat itu
sungguh tergambar wajah saya yang sungguh sedih.Harap ayah mengerti apa yang
anakmeu hadapi.Saat itu saya cuba yakinkan kepada ayah bahawa saya sudah ok,tak
sakit pun.Maka dengan cara itu saya dapat menghentikan usaha ayah untuk saya
berubat cara berurut.Saya seorang diri merasai kesakitan ini.Semuanya demi
perasaan ayah dan mak.Agar hatimu tidak merasa sedih kerana saya.Maka saya
berusaha menyembunyikan rasa sakit saya itu.Walaupun cukup sakit saya akan
berusaha untuk membuatkan bibir saya mengukir senyuman.
Setiap
minggu saya perlu berulang alik ke hospital untuk menjalani fisioterapi.Setipa
beberapa bulan saya perlu berjumpa doktor pakar untuk menjalani rawatan
susulan.Hurm..tidak ada perubahan yang menggembirakan.Nampaknya saya perlu
lebih sabar menunggu.Keadaan saya ketika 17 tahun masih dalam keadaan
stabil.Apabila usia saya meningkat ke 20 tahun penyakit itu bertambah
teruk.Saya tidak dapat berada di tempah yang sesak,Ianya akan membuatkan saya
terasa sesak nafas dan seakan nak pitam.Saya juga terasa sesak nafas ketika
berjalan dan berlari.Saya juga tidak boleh tidur mengiring ianya akan menyebabkan
saya terasa sesak nafas.Dahulu ketika saya diserang sakit tulang belakang,saya
akan mengambil pil tahan sakit.Tetapi doktor menyarankan saya untuk berhenti
mengambil ubat tersebut sebab ianya menyebabkan kerosakan hati saya.Maka saya
berhenti mengambil ubat tersebut.Oleh sebab itu saya perlu berulang alik ke
hospital untuk mengambil darah.Akibat penyakit hati saya. Alhamdulillah dengan
usaha yang kuat saya pulih dari penyakit hati.Sebelum tu saya sering
pengsan.Tapi sekarang saya sedikit bertambah baik.Tetapi sakit tulang belakang
belum ada perubahan.Saya sering melakukan aktiviti bersenam yang disarankan
oleh pihak fisioterapi.Kadang2 exercise itu amat menyakitkan untuk tulang
belakang saya.Segala kesakitan saya tempuhi dengan ketabahan.Pasti ada hikmah
atas segala2 yang berlaku.Sekarang saya hanya menunggu waktu yang sesuai untuk
menjalani pembedahan.Moga2 pembedahan itu akan berjaya dan berjalan dengan
lancar.
Hurm..alhamdulillah
walaupun sedih,tetapi bibir sya masih boleh mengukir senyuman buat semua insan
yg tidak pernah jemu menjaga sya.Buat sahabat2 yg sgt setia.Bagaimana saya
boleh membalas jasa kamu semua.Saya tidak memiliki apa2,selain kasih syang saya
pda kamu semua.Cma saya mampu mendoakan kamu semua sahabat2.Kamu semua adalah
insan yg sangat baik.Hati kamu sungguh murni.Kasihan kamu sering kali perlu
menjaga saya.Maaf sahabat2 banyak menyushkan kalian.Hurm..di sini sya ingin
menyatakan pada kalian.Bersyukurlah shabat2 ku.Kamu semua memiliki minda yg sgt
bagus,memiliki wajah yg manis,tubuh yg normal.Maka kamu semua harus bersyukur
apa adanya pda dri kalian.Lihat pda dri saya ini,saya tahu saya merupakn gadis
cacat.Makanya saya minta jgn segannya teman2 bersahabat dgn saya.Saya bahagia
bersahabat dgn kalian.Buat kalian jangan pernah sedih melihat keadaan diri saya
ini.Disebalik diri saya ini masih ada sedikit kekuatan yang kalian pasti tidak
mengerti..
Sumber :
http://lolipop089.blogspot.com/
Insya Allah,
di Pusat Terapi Bekam Nabawi, kami mempunyai ikhtiar merawat pesakit yang
mengalami masalah scoliosis tanpa pembedahan. Alhamdulillah, dengan kaedah
Triple Power, telah membantu pesakit yang mengalami scolosis dan juga masalah2
lainnya…
Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *