Semakin Bengkok

3 Pelajar
Sakit Tulang Belakang Terpaksa Lupakan Peperiksaan Demi Jalani Pembedahan

KUALA
LUMPUR: Tiga pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun kini terpaksa melupakan
hasrat menduduki peperiksaan akhir tahun apabila penyakit ‘Adolesence
Idiophatic Scoliosis’ atau tulang belakang ‘S’ yang dihidapi mereka semakin
membengkok pada tahap membimbangkan.
Ketiga-tiga
mereka yang ditemui di Balai Berita, di sini, semalam ternyata bersedih
meninggalkan bangku sekolah tiga bulan selepas bakal dimasukkan ke Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Oktober ini bagi tujuan
pembedahan.
Biarpun
terpaksa melupakan alam persekolahan seketika, namun semangat mereka kembali
pulih dan semalam mereka hadir menerima sumbangan The New Straits Times Press
(M) Berhad (NSTP) berjumlah RM61,500.
Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ambrose, Air Tawar, Perak, Muhamad Asyraf
Adan, 16, berkata penyakit dihidapi disedari bapanya dua tahun lalu apabila
bahagian tulang belakangnya membengkak secara tiba-tiba.
“Pada
mulanya saya sangka ia hanya bengkak biasa dan tidak pernah ambil peduli.
Sejurus dibawa bapa menjalani imbasan di Hospital Seri Manjung, tahun lalu,
doktor memaklumkan tulang itu membengkok dengan ukuran 23 darjah dan memerlukan
pembedahan,” katanya.
Menurut
Muhamad Asyraf, biarpun diuji sebegitu namun rakan sekolahnya tidak pernah
memberi ejekan dan banyak memberi sokongan.
“Penyakit
dihidapi menyebabkan saluran tulang belakang sempit selain gangguan pada
pangkal otak,” katanya.
Pelajar SMK
Cheras Perdana, Lee Tze Teng, 13, berkata akibat masalah terbabit,
pergerakannya terbatas dan sukar melakukan kerja berat.
“Saya
bimbang kerana tulang ini sudah membengkok sehingga 50 darjah dan jika tidak
dibedah ia akan memudaratkan,” katanya.
Pelajar SMK
Kahang Timur, Kluang, Johor, Nur Aliah Shafikah Md Norisam, 13, berkata akibat
penyakit itu, dia yang sebelum ini aktif bersukan terpaksa berhenti terbabit
aktiviti itu.
Orang ramai
yang bersimpati terhadap nasib mereka boleh menghulurkan sumbangan di atas nama
pesakit dan dikirimkan kepada Bahagian Kewangan dan Unit Kebajikan NSTP, Jalan
Riong, di sini.
Artikel ini
disiarkan pada : 2012/09/19
Sumber:
myMetro

p/s:
Terdapat rawatan alternatif bagi merawat masalah tulang belakang bengkok tanpa
pembedahan iaitu rawatan pembetulan tulang belakang seperti Yumeiho atau
Kiropraktik.

Hubungi/whatsapp untuk
temujanji
Pusat Terapi Bekam Nabawi
019 339
3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha
Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”

Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *