SIRI PERTAMA : YAKIN

SEPERTI DIJANJIKAN : TIGA SYARAT KESEMBUHAN

Disebabkan ramai yang berminat nak tahu, saya akan kongsikan tiga kunci yang saya amalkan dalam buat rawatan terapi pada pesakit.
PERTAMA sekali YAKIN.
Yakin ini banyak, utk kali ini, saya terangkan berkenaan yakin dengan diri untuk bantu orang yang berhajat jumpa kita. Kalau kita tak punya yakin pada ilmu kita, kemujaraban dia tumpul.
Untuk dapatkan yakin, inilah datangnya berguru. Berguru itu dengan manusia, bukan dengan buku. Buku ini satu wasilah sahaja. Ilmu diwariskan dari guru ke murid. Menariknya dengan guru, bukan saja kita mendapat ilmu, tapi kita juga dapat tarbiah, keyakinan, nasihat dan paling penting sekali keberkatan.
Bahkan dengan berguru juga kita mendapat bahagian doa guru. Guru yang baik sentiasa doakan anak muridnya. Anak murid yang baik adalah anak murid yang doakan gurunya agar gurunya sentiasa afiat, mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Inilah teras point pertama. Keyakinan yang dibina melalui pembelajaran dengan guru.
Faham semua?
Hafiz Ghani
Pengarah-Pengasas Ar Rahmah
Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *