TAHUKAH ANDA ~suka tidak suka~ BANYAK “LIMPAHAN” BERACUN DALAM TUBUH KITA DAN MENYEBABKAN DARAH KITA STRES ???

AWAS DARAH STRES !
 
Selama ini istilah stress lebih dikenali sebagai keadaan kejiwaan. Ternyata lebih dari itu stress juga dialami darah yang mengalir di dalam tubuh kita, terutama bila darah bertindak balas bahan buruk yang masuk, di antaranya asap rokok.

Pada umumnya para perokok berharap dengan menghisap asap tembakau tersebut akan menurunkan ketegangan, lebih rileks dan sebagai teman saat berfikir, kawan disaat bersendirian atau ketika dicekam kedinginan, sehinggakan bagi sesetengah perokok sudah menjadi keperluan. Namun ironisnya, ketika orang tersebut cuba meredakan stress kejiwaan dengan merokok pada masa yang sama stress tersebut berpindah pada sel darah merah di tubuhnya. Kesan stress yang menyerang darah juga tidak kalah teruk, dalam jangka masa yang lama ini akan menjadi pencetus terjadinya kanser. Na’uzu Billahi minzalik …

Stress pada sel darah merah adalah sebuah realiti. Sel darah dikatakan mengidap stress ketika berlaku perubahan sel darah normal yang mengalami stress oksidatif, atau berubahnya ikatan kimia darah akibat serangan sebatian radikal bebas yang menyebabkan pengoksidaan. Stress oksidatif yang menyerang darah boleh mengubah persekitaran darah dan mengakibatkan sel darah merah menyimpang dari homeostasis (reaksi semulajadi tubuh yang mempertahankan konsentrasi zat di tubuh agar sentiasa malar). Sementara penyelewengan homeostasis tubuh dapat merugikan sel darah merah.
 
Metabolisme oksigen di dalam sel darah merah merupakan rangkaian proses yang kompleks dan saling berkaitan serta berlangsung terus selama 120 hari. Kerosakan pada sel darah merah boleh menganggu fungsinya iaitu membawa oksigen untuk pernafasan bagi sel. Untuk melindungi sel darah merah, di dalam sel darah merah terdapat senyawa antioksidan alami dengan kadar yang tinggi termasuk superoxide dismutase (SOD), catalase dan glutathion peroxidase (GPX). Oleh sebab itu boleh dikatakan sel darah merah merupakan sel tubuh yang berfungsi sangat penting.
 
Sel darah merah adalah salah satu sel yang sangat terdedah kepada radikal bebas. Sel darah merah tidak mempunyai inti sel. Jika berlaku kerosakan akibat pencemaran asap rokok, pembebasan kenderaan, makanan dan minuman yang tidak sihat dan lain-lain, dia tidak dapat mempertahankan kadar antioksidan (yang biasanya didapati secara semulajadi) tersebut dengan cara mensintesisnya.
 
Sel darah merah boleh menyesuaikan diri ketika terjadi serangan agen yang menyebabkan pengoksidaan sel. Namun, apabila pengoksidaan sel melebihi had toleransinya, sel darah merah tersebut akan gagal menyesuaikan diri. Hal ini biasa terjadi ketika interaksi dengan stressor (penyebab stress oksidatif) secara berterusan dan dengan intensiti yang kuat sehingga sel darah merah mengalami exhausted (keletihan). Jika hal ini dibiarkan berlaku dalam masa yang lama akan terjadi denaturasi spektrin (kerosakan dinding) sel darah merah yang bersifat kekal dan menurunkan fungsi sel darah merah dalam menyokong kehidupan.

 

Jadi Apakah dan Bagaimanakah Penyelesaiannya…???
 
BEKAM PENYELESAIAN EFEKTIF UNTUK STRES DAN DETOKSIFIKASI “LIMBAH” RACUN DALAM DARAH

 

Penyelesaian terbaik semasa terjadinya stress adalah dengan cara berbekam. Bekam, selain meredakan ketegangan saluran darah, juga boleh mencegah peningkatan stress oksidatif pada sel darah merah. Pada hasil kajian dengan kaedah penapisan sel darah merah yang diambil dari subjek perokok dan bukan-perokok yang dibekam menunjukkan perbezaan yang signifikan.
 
Bekam pada titik meridian (potent point) mencetuskan terjadinya hipoksia dan pengeluaran darah rosak dari tubuh. Reaksi ini berfungsi untuk merangsang sumsum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang baru (regenerasi erythrocit) melalui rangsangan hormon Eritropoietin. Sel darah merah generasi baru pada peredaran darah mengandungi catalase dan GPX yang normal. Selain itu sel darah merah mempunyai spectrin (dinding sel darah merah) yang masih utuh dan mempunyai anti-oksidan yang masih dalam keadaan baik sehingga dapat menjalankan fungsinya meneutralkan radikal bebas secara optimum.
 
Hasil kajian ini mendedahkan satu lagi fakta keajaiban bekam. Terbukti sudah secara ilmiah bahawa bekam boleh mempunyai kesan yang sangat penting untuk mengekalkan homeostasis sel darah merah sehingga dapat mencegah terjadinya stress oksidatif pada sel darah merah. Hal ini mengakibatkan peningkatan jumlah sel darah merah yang terlepas tapis oleh kerana tidak berlaku gangguan elastisitas sel darah merah. Dengan kata lain, bekam adalah penyelesaian jitu untuk mengatasi stress, terutama stress dalam darah merah.
 
Ditulis Oleh: Wahyudi Widada, SKp., MKed (Dosen Patobiologi Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Muhammadiyah Jember)
Disarikan dari Tabloid Bekam Edisi I/2011, Cetak Ulang
 
Sumber:
1)     thibbalummah 

 

Hubungi/whatsapp untuk temujanji
Ar Rahmah Wellness
019 339 3290
“Ya Allah, Engkau adalah Asy-Syafi (Maha Menyembuhkan),
tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu”

 

Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *