Kesinambungan dari post kami, bahaya bekam tidak bersih, ingin disini kami memaklumkan bahawa, kami sentiasa menjaga kebersihan peralatan bekam yang digunakan. Antaranya sebabnya adalah, kami juga menggunakan peralatan yang sama untuk diri kami sendiri.
Langkah-langkah yang diambil
1) Kami memakai glove (dan/atau face mask) semasa melakukan pembekaman
2) Jarum/lancet yang digunakan adalah jenis pakai buang dan berlainan bagi setiap pesakit
3) Blade yang digunakan adalah ‘carbon steel sterile surgical blade‘ dan pakai buang
4) Peralatan ‘cup’ dan peralatan lain di basuh terlebih dahulu, direndam dalam larutan DD1
5) menggunakan ‘individual pack’ ‘alcohol prep’
6) kami menyapu antiseptik grade yang baik bagi setiap bekam yang menggunakan pisau
7) pencukur yang digunakan adalah jenis pakai buang