Diagnosis

Salah satu faktor yang menentukan keberhasilan sebuah pengubatan adalah ketepatan mendefinisikan penyakit yang diderita.

Di Ar Rahmah Wellness, pelanggan akan didagnos terlebih dahulu sebelum rawatan dijalankan

APA ITU DIAGNOSIS

Diagnosis berasal dari 2 perkataan Greek, ‘dia’ dan ‘gnosis’ (‘dia’ = melalui dan ‘gnosis’ = pengetahuan)..

Ringkasnya diagnos adalah proses menyiasat sesuatu dengan pengetahuan yang sedia ada.

Dalam perubatan komplementari, diagnosis merupakan satu seni mengenalpasti keadaan pesakit. Ada beberapa kaedah diagnosis yang digunakan seperti, tapak tangan, nadi, anak mata dan iris, nadi, kencing dan najis.

Kami di Ar rahmah Wellness menggunakan teknik terbaru. Teknik tradisional yang dimodenkan.

Antara Kaedah Diagnos yang disediakan di sini adalah:-

KENAPA DIAGNOS PENTING

Diagnos adalah seni nak kenalpasti keadaan pesakit.
Betapa pentingnya diagnos ni adalah untuk nak tahu akar permasalahan pesakit.Diagnos tidak meletakkan perawatan atau pengubatan di tempat pertama. Tapi diagnos membantu untuk

  1. mengawal penyakit dari menular (Pengawalan),
  2. mencegah penyakit dari berulang kembali (Pencegahan) dan seterusnya barulah
  3. menentukan kaedah perawatan yang sesuai (Perawatan)

Sesiapa yang mahir mendiagnos dengan tepat akan memudahkan perancangan proses yang bersesuai dan seterusnya mempercepatkan kesembuhan.

Ketepatan diagnos memerlukan ilmu dan dan kemahiran dari perlatihan yang berulang-ulang dengan pasien yang ramai, sekiranya pengalaman pengamal juga kurang, hasil diagnos akan kurang tepat

Ar Rahmah Wellness sudah mengorak langkah ke hadapan, kami mempunyai kaedah terbaru paling pantas mendiagnos pesakit dengan menggunakan himpunan database sejak 50 tahun dulu.

Namanya ARDK